Welcome

Tuesday, May 22, 2012

Sebal

Oh...dah lama tak menulis lagi rupanya.Bilalah nak aktif berblogging ni. Tp rasanya insyaallah akan aktif since saya sudah beli new lappy hehe Oh..senyum di atas agak plastik hari ini. entah kenapa hati rasa sebal n rasa gundah gelana. Hanya tinggal lagi 3 hari cuti panjang tetapi rasa lama yang amat. Lately ni aku selalu buat perangai. Sabar jerlah Mr H nak melayan. Entahlah.aku pun tak tahu kenapa ada perasaan kurang selesa ni. Mungkin aku rasa tak rehat badan dan minda. Otak bekerja berfikir 24 jam tanpa henti. Aku tak salahkan sesiapa aku salahkan diri aku sendiri. Atau mungkinkah sindrom 'kenegerian' membuatkan aku jadi begini. Apa sindrom itu????? Buat masa ni dah 3 minggu aku tak balik kampung. Aku mmg kalau lama tak balik kampung hati rasa lain sikit sebab masa bujang selalu gak balik dan mungkin sebab saya duk umah mertua so bisaalah perasaan membuak nak balik akan jadi lebih huhu. Bukan tak suka duduk sini tp seperti yg aku maklumkan aku tak SELESA. Aku tak tahu lah perempuan lain tp aku agak kurang selesa gak menetap di sini. Sebab2 terlalu banyak. Salah satu apa yg mertua cakap kalau mak sendiri cakap kita takkan makan hati tp kalau mertua yg cakap akan menusuk kalbu dan rasa macam lain je. Sudah banyak kali positifkan diri tetapi kadang2 gagal juga. Tetapi alhamdulillah setakat hari ini saya tak pernah buat muka pun. Tp tak tahulah kalau terpancar gak. Sbb kalau sy marah atau tak puas hati Mr H akan jadi mangsa. Dengan dia pun aku tak cerita cuma aku marah tak tentu pasal jer .Diamkan diri bila ditanya.Yalah...just imagine when people talk bad about ur parents mesti rasa marah kan. So do him. So tindakan sy akan buat muka marah dengan dia tanpa sebab. Dan bila dia tanya mendiamkan diri. Esok akan kembali seperti biasa . Rajuk saya tak lama. Dia pun kadang2 pelik tp dah itu terapi untuk aku nak buat camne. redah jerlah. Oh...pasal kenegerian aku belum cerita. Last week aku pergi rumah sedara suami aku secara beramai2.So..makcik2 borak pasal sepupu suami aku yg kawin dengan org Sabah. So..diaorg cerita dan conclude kan n ada sorang makcik ni pun cakap...Mmg lah kawin dengan org Sabah mmg dia kalau boleh nak dengar kata dia nak duk umah dia jer. Sama jer kalau kawin dengan orang <>...Ops..semua dah diam pandang aku.So nampak sgt nak mengata negeri aku kan.Sentapppppppp giler. Aku hanya diamkan sepanjang jalan duk fikir. Selama kawin ni aku duk negeri suami aku. Pindah ke negeri suami aku. Taklah aku paksa dia duk negeri aku. Aku siap beli rumah dekat sini. kerja dekat sini. So..contoh mana yg dia nak kata tu. Aku rasa tawar hati dengan suami aku walaupun bukan dia yg kata. Itulah manusia org buat tahi negeri jadi mangsa. Itu semua org2 kuno. Aku mmg rasa tawar hati. So kena buat sesuatu supaya aku jadi segar balik. Refresh my mind. Tp sy tak lupa sindrom negeri itu yer. Oklah...nak siap2 gi kerja. Nnt smbung lg..

Monday, November 21, 2011

being a mom:p...

Salam...sudah lama tidak menulis di dalam blog ini
Syukur alhamdulillah
Saya baru saja menidurkan anak lelaki saya
Yang baru sahaja berusia 3 minggu
Hasil perkongsian hidup dengan Mr H
Alhamdulillah syukur tidak terhingga di atas kurniaanNya

Dalam beberapa bulan ini
Masa saya banyak dihabiskan
Dengan membaca blog2
Especially sepanjang mengandung
Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan
Saya tidak menghadapi sebarang alahan sepanjang mengandung
Sehingga merasakan diri ini tidak normal huhu
Cuma di akhir kandungan saya ada GDM on diet control
Kencing manis semasa mengandung
Tetapi hanya memerlukan diet sahaja
Alhamdulillah..walaupun prosedur memenatkan
Dan dalam hati kekadang merungut
Setiap kali check up
Yang mana check hanya 10 minit
Tetapi menunggu hampir berjam2
namun saya cekalkan hati
Demi anak tercinta dalam kandungan
Oh..rasa berdebar dan teruja setiap kali check up
Sehingga bila tiba masanya
Sebagai ibu yang pertama kali melahirkan anak
Saya redha segala apa yang berlaku
No more shame on me huhu
Dan rasa syukur sebab diberi peluang untuk menjadi ibu
Kepada anak lelaki
Dan yang paling penting
Melahirkan anak untuk Mr H
Yang banyak memberikan sokongan
Especially semasa menunggu detik2 bersalin
Dimana saya tidak mengalami kontraksi
Selepas di induce
So..terpaksa bermalam dihospital selama 4 malam
Menunggu bukaan dan kontraksi
Dan Mr H yang setia menemani saya
Di luar wad dan hanya tidur di atas kerusi
Dan membuatkan saya semakin cekal
Menyembunyikan perasaan sayu dan sedih saya
Setiap kali dia masuk menemani saya
Semasa waktu melawat
( hati rasa sebak ketika entry ini ditulis huhu)
Oh...rasa ketika itu saya bertuah ada dia di sisi saya
Walaupun sepanjang mengandung ini
Hanya beberapa kali sahaja dia
dapat menemani saya untuk check up
Tetapi anak didalam kandungan ini seakan memahami
Dan dia behave sepanjang saya mengandungkan dia
Dan masih rasa mimpi
Sehingga kini
Bila melihat anak saya
Tidur dan kadangkala senyum
Semasa didalam dakapan saya
Oh..tak tergambar perasaan itu:p...

To Mr H,
Sampai ke hari ini
Abang tak tahu pun
Blog ini sayang buat untuk cerita pasal abang
Dimana pada permulaannya hanya untuk meluah rasa
Atas rasa makan hati dengan 'peel' Mr H
Tapi tak disangka
Akhirnya blog ini
Berkongsi rasa gembira
Atas perkongsian hidup dengan Mr H

Walaupun sehingga hari ini
'Peel' Mr H yang acuh tak acuh tu masih ada
Namun saya rasa itu semua tak penting
Seandainya kita menerima dengan hati terbuka
Sikap dan perangai di antara satu sama lain
Dan sudi memaafkan dan memahami 'peel' masing2
Dan thanks Mr H
Sebab layan saya dengan sangat baik
Setakat hari ini
Tak tahulah esok lusa
Namun harap berkekalan ke akhir hayat:p





Dan Ya Allah,
Jadikanlah anak ini
Hasil perkongsian hidup kami
Sihat sempurna
Berakal cerdas
Beriman, berilmu
Dan mengamalkan ilmunya
Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W

Amin...

Wednesday, March 23, 2011

Sudah lama tak menulis

Salam...
Aduh sudah lama aku tidak menulis
Macam-macam perbaharuan aku
Alhamdulillah.....aku kini sudah bergelar Puan Muda ( heheh)
Dah lama dah almost 3 month dah
Oh....alhamdulillah....Semua berjalan lancar semasa majlis
Aku rasa akulah pengantin yang paling 'sempoi' all the while
Bukan aku cakap...adik ipar aku pun cakap
Sebab bagi aku as long semua berjalan lancar
Dan yang paling penting motif menjamu orang 'settle'
Itu dah kira settle lah tu
Dan alhamdulillah..majlis aku boleh dikatakan majlis 'reunion'
Ramai yang datang
Thank You very-very much
Even taklah berapa perfect but in my eyes it's perfect aku sudah puas hati
Hanya aku tahu pelbagai dugaan datang
Dengan ayah aku sakit
Dan yang pasti aku lah yang pergi menjemput org hehehe
Terbalik kan..tp takper
Yang penting...ayah aku wali aku even dia sampai ter'tencot-tencot'
Sangat sedih kalau dikenang
Dan lepas majlis dia admitted to hospital again...
But thousand million to all family yang tolong aku....
Kadang-kadang sehebat mana pun mmg kita memerlukan keluarga
So sapa2 yang ada hati nak lari-lari umah tu
Jgn lah terdetik macam tu
Sebab a precious moment is when you with ur family...
Dan satu lagi pentingnya perkahwinan itu direstui
Insyallah...semua akan berjalan lancar tanpa ada pening2...
Dan even aku tak cukup tidur..aku yang masih masak breakfast masa majlis aku
Aku tetap puas hati
Tak semestinya pengantin nak melawa jer
Aku dah buktikan pengantin pun perlu bekerja gak hehehehhehehe
Dan even aku bekerja tp kalau dah make up aku tetap cantik gak...
Tetap pada mata aku...kalau sapa kata tak cantik tu
Aku nak buat macamana dah itu mmg aku....
dan.....yang paling aku happpppppppppppppppppppy adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


H.asil perkongsian hidup aku ngan Mr H, insyaallah aku akan dikurniakan cahayamata bulan 10 ni...Itulah detik yang tak tergambar sukanya dihati untuk dikongsikan.Doakan kami..Amin.....

Tuesday, October 26, 2010

Saya teruja tapi saya stress

Oh..tak sampai sebulan lebih lagi my wedding day
Sudah mula rasa stress
Aku ni pulak jenis
Yang agak bukan teratur punya orang hehehe
Baju wedding pun tak tempah lagi
Isk..aku ni tetiba rasa seriau
Ni sebab nak tempah ari tu
Badan makin naik
So ingat kan turun lah sikit baru nak tempah
Last2 sekarang ni
Tiap2 malam asik fikir
Nyesal tak tempah awal2
Hope tailor tu akan ambik baju aku lagi
Aku juga nak doa ni
Semoga esok Mr H dapat siapkan dokumen nikah dengan segera
Dan kamim dapat kelulusan nikah segera

Ari tu ada org kata cepat sgt tempah baju masa beria2 nak beli n tempah
Skrg org kata takkan tak tempah2 lagi
So..better silent....
Problem can be solve if u silent...Betul ker
Dengan Mr H saya malas nak marah2 dah
Sebab kesian asik kena marah
Sebab kelalaian aku huhuhu

Lepas tu keje saya bloghopping
Tgk patent apa nak buat
Sesuai ke lace satin ngan aku gemuk2 ni
Ada kata shiffon
Isk...aku jadi stress akhirnya
Baik aku tanya cina tu sendiri
kalau dia kata akan nampak gemuk giler
Aku akan fikir jln penyelesaian
Tp lace tu tak lah keras sangat pun
Untuk badan mcm aku elok keras2 sikit
Itu pendapat aku
Sebab lembik2 mesti akan nampak lemak
Bila baca org gemuk kena pakai shiffon
Supaya nampak kurus semakin aku tak lena tidur
Apapun...aku kena maintain senyum ni
Tp alhamdulillah
Aku masih belum pernah berbuat muka
Dengan sesapa setakat ari nilah...
Even kepala otak aku serabut pun
Aku boleh tepuk bahu say 'good'
Tapi setakat ari ni jer
Esok2 tak tahu lah
Sebab dah biasa tengok orang
Takder aral melintang tarik muka
Bagi saya masalah sendiri
Cuba selesaikan sendiri
Bukan dengan berbuat muka
Unless memang org yang kita tarik muka tu buat kita
Ini tak..... ada masalah kat rumah
Tarik muka kat Ofis
Boleh ke macam tu...
Isk..isk..sangat2 tidak patut
Aku bukan lah baik sangat
Cuma bercakap melalui pengalaman
Sebab...kesian dekat org yang ditarik muka
Duk fikir " Aku ada buat salah ker??"
Isk...mcm2 jenis org lor....

Isk..dah menyimpang jauh
Aku berharap majlis berjalan lancar...
Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin...

Monday, August 16, 2010

Novel

Aku sekarang tgh duk giler baca novel..
Yup..since I reach my own maturity
( Dulu rasa kurang matang but lately ni matang hehe)
Aku boleh rasa yang I do not read novel
Just because of the storyline...
Now...The story line is not important
But what written
What imply between a line of words
Yang kadang-kadang ayat tu biasa jer
Can make me thinking
And refresh..buat rasa
oh..sangat bagus membaca novel
And sometimes give me a big impact Ok...

And the best is
Sometimes you can find a conclusion
And comparing of a conclusion
That you made or have made
if there is a coincidence of a situation

And with that reading
Also found out one hadith (kan bagus tu)
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
Padahal ia amat buruk bagimu...
Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui...
Surah Al- Baqarah...

Tuesday, August 3, 2010

Macam2 nak cerita...

Ari ni aku rasa macam banyak benda nak luah dalam blog ni

Aku sekarang ni mood tunggang langgang
Asal cakap sikit ngan Mr H
Mesti aku akan cari gaduh
Ditakdirkan dia tu
Nasib baiklah
Agak cool dan tak sangat melenting
Even ayat aku memang
Kalau dia yang applykan ayat tu
Memang aku akan
Merajuk 1 tahun lah
Selalunya benda2 kecik jer
Pasal persiapan perkahwinan
Semalam pasal kasut hahahah
Aku suh beli mahal sikit
Dan dia kata tak payah lah mahal2
So..tetiba rasa dia tak menyokong at all
Dan tetiba rasa
Marah yang amat
Dan takder mood nak cakap dengan dia
Lepas letak tipon
Baru rasa menyesal
Dan msg dia balik
Luckily ...he's ok
But there still something dalam hati saya
Iaitu rasa geram heheheheh


Ini semua pasal my judgement on him
Yang dibuat oleh org lain
Yup...entah kenapa lately ni
Orang selalu pertikaikan
Aku kuar belanja sama2 untuk barang hantaran
Aku pulak rasa tak kisahlah
Sebab dia dah tak mintak aku tolong untuk duit hantaran
Tapi orang lain pulak
Buat aku fikir dia sepatutnya kuarkan duit sengsorang
Sampai aku stress pulak
Sebab terbayang satu statement
" Kesianlah kat dia sekarang..esok2 dia tak payah kerja ko kerja sorang"
It's just because I bought perfume for both side
But I'm sincerely and no force from him
Because he's not that wealth
And as long dia tak mintak nak share for hantaran
It's ok for me
Yalah..preparation kena lah sesama kuar duit
Takkan lelaki jer kan...uh...saya sangat stress mengenangkan itu
Sampai ayat tu selalu bermain2 kat kepala saya
Dan even Mr H buat lawak
Malam tadi dia cakap kalau nak kasut mahal
Tolonglah belikan
Saya terus jadi marah..even aku tahu he don't mean it


Tapi selepas berfikir dengan rasional malam tadi
Aku dah decide
Yang aku tak nak bincang
Pasal hantaran lagi
Ikutlah
Kalau rasa aku nak beli
Belilah
Banyak masa lagi menuju bulan 12
Malas nak serabutkan kepala otak aku
Nanti silap2
Pasal wrong judgement
Hubungan kitaorg pulak
Entah kemana2....
Semua pasal aku terlalu memikirkan kata orang
Aku tak kata apa orang kata itu tak betul
Betul sebab itu from experience and judgement
Maybe takut aku jadi macam tu
Yalah...aku agak berkerjaya
So...dah ramai wanita sekarang yang menanggung lelaki
Thanks for remind me that
At least sy masih berkira dengan dia hehehe....

So....
Aku nak doa
Agar hubungan kami
Akan berkekalan
Sehingga ke akhir hayat
Dan kami sama2 dapat
Bekerjasama
Dalam apa jua masalah
Dan kena berterima kasih
Dia sangat baik melayan saya
Setakat hari ini.....
Saya sayang Mr H......

Wednesday, July 28, 2010

Menghitung hari

Sekarang dalam mood menghitung hari
Lepas bertunang hari tu
Oh..rasa dunia sungguh indah heheheh
Tapi dalam masa yang sama menakutkan
Coz ..baru sedar I dun have any sense of choosing
So..everything depends on others
Tak kisahlah janji kahwin
Dan yang penting akad dan nikah tu
Pilihan warna mmg aku mengaku aku agak fail
Sebab bagi aku semua warna dalam dunia ni adalah cantik
So..nak pilih baju sanding dan nikah
Memang seriyes kalau bukan orang lain yang pilih sy tak tahulah
Dan...saya rupanya Mr H lagilah sempoi
Ayat dia yang paling tak tahan
" Kalau baik bagi awak..baik lah bagi saya huhuhu"
He's not helping me at all
Sometimes I felt OMG...why you're not giving me any opinion
But sometimes I feel lucky he's like that
Coz it's the way to prevent any fight between us
Sebab kesian sangat dekat dia
Kalau bincang2 aku akan jadi temper
Kalau dia banyak argue dengan saya
Oh...woman is so complicated huhuhu